Isnin, 22 Oktober 2012

Opor Nangka

Bahan (A)
600g nangka muda
1/2 cawan minyak untuk menumis
2 biji bawang besar dihiris
3 sudu makan rempah kari ikan
4 helai daun limau purut
1/2 biji kelapa parut, dijadikan kerisik
200ml santan
sedikit gula melaka
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa

Bahan-bahan sangai (B)
3 batang serai,bahagian putihnya sahaja,dihiris
1/2 jari lengkuas
1/2 jari halia
3 biji cekur
6 biji bawang putih
10 biji bawang merah
10 biji lada kering, di gunting dan dibuang bijinya

BAHAN C
10-20 biji chili padi
1 sudu teh lada hitam biji
1 sudu makan rata belacan
3 sudu makan penuh ikan bilis kering
2 hingga 3 hiris limau purut

CARA

Siang nangka dan bersihkan.Nangka yang di beli itu,setiap satu dibelah dua. Jangan dihiris tipis.Cuci bersih dan rebus dengan sedikit garam sehingga lembut.Ketepikan.Kupas kulit semua bahan B.Kemudian sangai (goreng tanpa minyak) sehingga wangi .Kisar halus semua bahan sangai dengan semua bahan c

Panaskan minyak didalam periuk .Tumis hirisan bawang sehingga layu dan berkilat.Masukan rempah kisar dan tumis lagi sampai garing. Barulah dimasukan rempah kari ikan. Gaul sehingga rata.Masukan daun limau purut,kerisik,garam,gula melaka,asam dan gaul rata. Masukan pula nangka dan santan. kacau sampai rata dan renihkan sampai mendidih dan kuahnya hampir pekat. Rasa dan tambahapa yang kurang .Setelah puas dengan rasanya ,matikan api. OPPR NANGKA paling enak di masak hari ini dan di sajikan esok bila kuahnya yang pekat bersalut nangka.